Miak Sarawak Community - Sumber Multimedia
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
NinjaBaby



Number of posts : 7
Registration date : 2008-04-15

PostSubject: Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta   17th April 2008, 2:55 am


Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak
kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki. Jangan biarkan minyak
anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk
mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.

Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda
keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka
mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka
peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.

Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda
was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi
kereta anda ke tempat yang selamat.

Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan
pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.

Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan
jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini
mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta
anda dan seterusnya menyerang anda.

Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda
meninggalkan kereta anda tidak lama. Perhatikan sekeliling anda sebelum
keluar daripada kenderaan anda.

Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan
menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat
mungkin.

Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa
kunci kereta sudah tersedia di tangan anda apabila anda di ekori di
kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta
anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini
menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.

Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di
dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta
tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan
diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa
sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil.

Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk
keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil
menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk
menolong anda.

Jangan berhenti untuk meolong orang yang anda tidak kenali ketika
keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong
ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis
atau bantuan lain.

Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan
ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan
tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.

Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda
sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang
akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan
lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja.

Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang
kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai
bomba yang berhampiran.

Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen
minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon
polis. Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda
akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor
pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.

Jika boleh, cuba untuk memiliki sebuah telefon bimbit di dalam kereta anda untuk tujuan kecemasan.
(Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan)
Back to top Go down
View user profile
 
Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tips keselamatan ride atau elak jatuh vts 200
» General Painting tips and techniques
» The Beta - Tips n Tricks thread
» Tips for the Reaper (Persona 3)
» Tips on getting Rathian Plates?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Miak Sarawak Community :: Hobi / Cinta / Biznez :: Automotif-
Jump to: